Brochure Photostat MLM

Satu Penemuan Baru Dalam Hidup

Kerana menjumpai sekeping brochure photostat MLM memberikan saya satu penemuan baru dalam hidup. Tetapi sebenarnya saya dah penat dan serik dengan MLM. Dah terlampau banyak sangat keluar masuk dalam bisnes MLM ini tanpa memberikan apa-apa hasil, bahkan sebaliknya modal banyak yang lebur. Setiap bulan nak cukup kouta terpaksa beli barang. Bila barang tak terjual, nak pakai sendiri pun dah banyak sangat sehingga akhirnya tamat tempuh lalu terpaksa buang ke tong sampah.

Pada awalnya memang excited giler bila masuk MLM ni. Apatah lagi bila tengok upline yang berjaya setiap bulan income mereka masuk puluhan ribu. Kita pun mulalah berangan nak capai level macam. Mulalah bekerja keras nak cari downline. Kempen sana kempen sini. Tapi sorang pun tak nak masuk bawah kita. Sudahnya semangat yang berkobar-kobar tadi terus malap dan padam macam pelita ayam ditiup angin.

Dalam pada itu, pernah juga saya bersembang dengan seorang kawan. Suatu masa dulu top-top level MLM bukan main gah lagi, tapi sekarang dah tak buat bisnes itu lagi, sedangkan syarikat yang mereka wakili masih berdiri kukuh. Dulu heboh dah tak nak berlakon atau menyanyi kerana nak tumpu pada bisnes yang tengah ligat. Tapi selepas itu nampak muka muncul baik kat TV atau kat pentas.

Kita berbalik pada brochure photostat tadi. Ceritanya bermula masa arwah mak saya baru keluar dari hospital kerana terkena serangan ‘angin ahmar’. Bila tengok keadaan dia dengan mulutnya dah senget serta tangan dan kakinya sebelah dah lembek, kitapun naik kesian juga.

Kami adik beradik mulalah ikhtiar cari tukang urut. Manalah tahu kot boleh baik. Di mana orang kata ada tukang urut yang baik, kami pergi atau bawa tukang urut datang rumah. Biasanya bila bawa tukang urut ke rumah, chargenya mulalah berganda-ganda. Tak apa, asalkan mak sembuh. Tak tak juga baik.

Apabila kawan bagitahu ada pakar angin ahmar di Gua Musang, kami bawa dia datang ke KL walaupun harganya tinggi. Tetapi apabila pakar ni kata mak saya ada ‘dampingan’ dan ‘terkena badi’, kami mula kelu dan keliru. Antara percaya dan tidak, bila dia minta kami sediakan ‘barang-barang’ yang diperlukan untuk berubat, kami turut saja. Tapi mak saya tak sembuh juga. Mulutnya masih senget dan kaki dengan tangannya masih lembek.

Sehinggalah suatu hari saya terjumpa kat dalam surat khabar sekeping brochure photostat MLM tentang satu jenis ubat yang HEBAT boleh menyembuhkan apa saja jenis penyakit termasuklah angin, ahmar, saya mula tertarik.

Saya baca setiap patah ayat yang tertulis kat brochure tu. Saya mula yakin bahawa ubat ini boleh sembuhkan mak saya. Saya pun sms pada nama yang ada kat brochure tu. Selang setengah jam, dia call saya. Katanya dia sekarang di Johor Bharu dan 4 hari lagi baru dia naik ke KL. Kami buat temu-janji.

Sampai masa, dia call saya bagitahu dia dah sampai KL. Kami berjanji berjumpa di sebuah restoran di USJ Taipan. Dia kenalkan dirinya. Katanya dia dulu pegawai bank. Dia berhenti kerja selepas 4 bulan buat bisnes MLM ni. Dia bagi saya cuba sample ubat dan tunjuk laporan-laporan scientist dan pakar pemakanan dari seluruh dunia tentang nutrisi itu.

Saya semakin yakin. Saya terus minta nak isi borang. Tapi dia pula minta fikir dulu kerana katanya kalau nak masuk memang mahal sikit dan harga ubatnya pun agak mahal. Saya jawab tak apa, saya sanggup berapa saja harganya asalkan mak saya sembuh.

Alhamdulillah, selepas 10 hari kami bagi mak ubat itu, dia sembuh dan dah boleh berjalan. Semua ahli keluarga macam tak percaya. Macam ada satu kuasa ajaib datang menyembuhkan penyakit mak saya. It’s a great miracle. Alhamdulillah syukur…!

Tetapi selepas mak saya dapat tahu harga ubat itu mahal, dia mula liat nak makan. Katanya dia kesiankan saya kerana terpaksa keluar duit banyak-banyak untuk beli ubat itu. Kami pujuk dia yang kami adik-beradik berkongsi bayar harga ubat itu. Tapi hati dia keras. Setiap kali bibik nak bagi dia makan, dia mengelak.

Namun dalam usianya yang sudah melebihi 80 tahun dan berbagai penyakit lain ada…darah tinggi, kencing manis dan jantung, dia sekali kali terpaksa dimasukkan ke hospital.

Dalam rawatan kali ini, doktor berbisik pada kami adik-beradik bahawa paru-paru mak kami dah dimasuki air dan minta kami bawa balik ke rumah. Selang 2 bulan selepas itu, dalam keadaan dirinya yang sudah nazak, pada 1hb Mei lalu dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi kami adik beradik. Al-Fatihah untuk arwah mak kami.

Share on Facebook

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Palm Pre Reviews at Palm Pre Blog. | Thanks to Juicers, Free MMO and Fat burning furnace