‘Cahaya Permata’ adalah merupakan sebuah majalah TV berkaitan wanita dan kanak-kanak. Program yang mengandungi 4 segment ini termasuk;
1. Penjagaan dan Pendidikan anak-anak dari bayi sehingga tamat persekolahan,
2. Petua Nenek (di mana Mak Mah dijemput berceloteh),
3. Permakanan dan Nutrisi kanak-kanak,
4. temubual dengan pakar motivasi.
Shooting program 26 episod ini telah dilakukan di sekitar Lembah Klang untuk menjimatkan kos.
Program terbitan RSS Media ini telah diarahkan oleh R.Perakas dan saya sendiri bertindak selaku Penolong Pengarah dan penulis skrip.
Sebenarnya selama ini saya tidak pernah tulis skrip untuk program majalah TV. Apatah lagi untuk prepare proposal dalam mendapatkan kelulusan pihak RTM. Tetapi alhamdulillah saya bersyukur kerana dari izin Nya, saya berjaya menyiapkan proposal program ini dan terus mendapat kelulusan dalam masa 24 jam sahaja daripada pihak RTM.
Sekarang program ‘Cahaya Permata’ ini sedang disiarkan oleh RTM1 setiap hari Jumaat pukul 10.00 pagi.
Share on Facebook






























































