‘KERJAYA ITU ADALAH PENGALAMAN HIDUP KITA’.
Saya tak tahu berapa ramai yang bersetuju dengan saya. Tapi apapun, saya tetap juga dengan pendirian bahawa kerjaya kita adalah pengalaman hidup kita. Ini kerana seseorang yang bermula kerjayanya di peringkat bawahan sehinggalah berjaya mencapai ke tahap tertinggi, semuanya akan melalui pengalaman dalam hidup mereka.
Maka di atas pengalaman hidup seseorang itulah wujudnya sesuatu cerita suka duka, jatuh bangun dan sebagainya yang diskripkan sebagai sebuah drama baik untuk siaran TV mahupun sebagai filem.
Di atas dasar itu, saya bersama 4 orang rakan penulis skrip yang terdiri daripada Zainal Buang Hussein, Yusof Arabi, Shaharudin Jamil dan Edura Wati Shahrom akan bersilih ganti memaparkan kerjaya hidup individu dalam blog ini.
Kerjaya saya daripada awal dulu sehingga sekarang bagaikan ‘Jack of all Trades’ memberikan saya seribu satu pengalaman dalam perjalanan hidup saya.
Saya pernah bekerja kilang…saya pernah jadi kuli kontrek bangunan…saya pernah bekerja sebagai executive di syarikat korporat dengan memiliki 3 buah kereta mewah dan 2 buah superbike….saya pernah jual kueh….saya pernah jadi bodyguard….you name it, boleh dikatakan semua saya sudah lakukan dalam kerjaya hidup demi mencari sesuap rezeki yang halal.
Maka kesemua kerjaya yang saya lalui itu memberikan pengalaman yang amat berharga di dalam hidup saya. Sekali lagi saya tekankan di sini, semua itu tidak dapat dibeli dengan Ringgit Malaysia atau US Dollar sekalipun.
Pengalaman hidup kita tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Tetapi cerita daripada pengalaman kita itu boleh dijadikan sebagai sebuah cerita baik untuk novel, drama TV mahupun filem cereka.
Kesimpulan, sekiranya anda duduk minum teh tarik semeja dengan seorang penulis, jangan bongkarkan pengalaman hidup kita, kerana itu akan menjadi bahan penulisan mereka.
Share on Facebook
RSS Feed
Twitter


Posted in
Tags: 





