Terima kasih kerana singgah di blog saya.
Di sini saya membuka ruang kepada penulis-penulis skrip untuk bertukar pendapat dalam penghasilan skrip-skrip filem, drama dan dokumentari.
Pengalaman saya selama lebih 20 tahun tahun dalam bidang ini telah banyak melalui liku-liku yang manis dan pahit. Namun kerana minat, saya tetap dan terus juga berkarya.
Petikan gambar-gambar di atas adalah daripada hasilan skrip saya yang pertama pada tahun 1994. Terhasilnya skrip ini dan seterusnya saya menjadi seorang penulis skrip sehingga kini adalah daripada cabaran dan galakan Zainal Buang Hussein.
Skrip 4 episod bertajuk ‘Bara & Api’ itu telah diarahkan oleh Raisuddin Hamzah dengan para pelakon terdiri daripada Mustapha Kamal, Jasmin Hamid, Rashidah Jaffar (Gee), Sheila Rusli, Mahyon, Rawi, Amran Nasaruddin, Jamaluddin Kadir dan saya sendiri…hehehe…telah disiarkan oleh RTM pada tahun yang sama juga.
Alhamdulillah, bertitik tolak dari sini, permintaan terhadap skrip-skrip saya berterusan sehingga sekarang. Namun di sepanjang perjalanan sebagai penulis skrip, berbagai pengalaman suka duka yang telah saya tempuhi.
Dikencing oleh pengarah dan produser, skrip diciplak, nak dapatkan payment bagaikan seorang peminta sedekah dan macam-macam lagi sudah saya lalui.
Pahit maung di sepanjang perjuangan sebagai seorang anak seni membuatkan saya semakin matang. Itulah pengalaman hidup yang tidak boleh ditukar-ganti dengan dollars & cents.
Share on Facebook































































