Ayam atau telor, mana dulu? Persoalanan ini sehingga kini masih belum terungkai.
Ada yang kata ayam dulu. Tapi ayam tu dari telor! Kalau tak ada telor, tak adalah ayam!
Ada pula yang dakwa telor dulu. Tapi telor itu dari ayam. Kalau tanpa ayam, mana munculnya telor?
Kita biarkan kawan-kawan kita yang bijakpandai selesaikan problem itu. Kalau bertengkar pun, dari subuh hingga maghrib dan dari maghrib hingga subuh pun tak akan terjawab persoalan itu.
Tapi apa yang penting ingin saya bentangkan di sini, antara skrip dan duit, mana dulu? Bagi penulis skrip, kalau tak ada duit, tak ada skrip. Bagi produser pulak, kalau tak ada skrip, tak ada duit.
Masalah ini timbul kerana tidak percaya antara satu sama lain. Penulis skrip bimbang apabila skrip diberi tanpa duit, skrip itu akan diciplak. Produser akan beri macam-macam alasan, walhal skrip itu sudah ditukar sana sikit sini sikit dan produser terus buat pengambaran. Maka terkapai-kapailah si-penulis skrip…kononnya skrip dia tak laku. Tapi alih-alih tengok kat TV, tu macam cerita yang aku buat.
Bagi produser pulak bila bayar dulu skrip itu, mereka bimbang kekuatan skrip itu. Ada skrip yang cacamerba, ada skrip yang ceritanya terlalu lemah dan macam-macam hal lagi. Yang paling dibimbangi oleh produser, ada skrip yang diciplak. Hal-hal sebegini ada yang berlaku.
Tapi bagaimana pula dengan proposal? Sekarang untuk kelulusan daripada stesyen TV tidak perlu skrip lengkap, cukup dengan proposal aje.
Proposal ini mengandungi sinopsis atau jalan cerita, watak dan perwatakan, konsep cerita, tema dan objektif. Itu sudah memadai untuk penilaian panel stesyen TV.
Masalah yang timbul di sini, pihak produser akan meminta penulis skrip sediakan proposal. Apabila sudah diluluskan oleh stesyen TV, barulah produser bayar advance untuk menulis skrip itu. Ini bermakna penulis terpaksa buat kerja free dulu sehingga proposal itu diluluskan. Kalau tak lulus, tak ada rezekilah….!
Tapi kalau proposal itu pergi ke salah tangan, maka akan terhasillah sebuah skrip oleh tangan lain dari proposal itu. Itupun bahaya juga. Perkara ini juga dah banyak berlaku. Seperti mana satu proposal yang terhasil dari tangan ini telah diciplak menjadikan siri berepisod selama beberapa tahun di sebuah stesyen TV swasta. Apabila seorang kawan bertanya pada penciplak itu, dia terang-terang akui bahawa apa yang dia buat ‘bukan bajunya’.
Jadi di sini, mana dia perlindungan untuk penulis skrip? Persatuan penulis skrip…???? Tepuk dahi tanya otak….!!!
Share on Facebook
RSS Feed
Twitter

Posted in 



