Bukan Sekadar Memilih Sembarangan “Autoresponder” Untuk Pemasaran Email Anda!

oleh Zamri Nanyan

Salah satu peralatan penting di dalam membina bisnes internet anda adalah perisian autoresponder. Autoresponder dapat membantu anda membina senarai prospek yang dapat anda sasarkan apabila anda melakukan promosi produk sendiri atau produk affiliate. Pada masa yang sama juga, autoresponder dapat membantu anda melakukan automasi di dalam aktiviti pemasaran anda di internet.

Bagi saya, pemasaran email dengan menggunakan autoresponder merupakan senjata utama saya yang amat berkesan. Di dalam Pakar Affiliate, saya dan Patric Chan telah membincangkan strategi dan teknik ini di dalam perbualan temuramah selama satu jam. Ini merupakan satu topik yang saya berikan penekanan khusus di dalam Pakar Affiliate bagi menekankan betapa pentingnya penggunaan autoresponder dan pemasaran email – lebih-lebih lagi jika anda melakukan pemasaran affiliate di dalam pasaran tempatan.

Walaubagaimanapun, saya masih lagi mendengar pelbagai alasan mengatakan langganan autoresponder adalah mahal dan sebagainya.

Jika ini benar, saya perlu bertanyakan kepada anda sekali lagi.

Kalau saya katakan yang bisnes internet anda tak akan dapat hidup tanpa penggunaan autoresponder, adakah anda akan cuba mencari bajet setiap bulan untuk melaburkannya di dalam langganan autoresponder anda? Jangan salah faham, saya tak katakan yang bisnes anda tidak akan dapat hidup tanpa autoresponder kerana saya tidak tahu apakah model bisnes yang anda adaptasikan ke dalam bisnes internet anda. Saya berikan kenyataan ini untuk menekankan bahawa betapa pentingnya anda mempunyai autoresponder di dalam bisnes internet anda, lebih-lebih lagi untuk pemasaran affiliate pasaran tempatan.

Pada masa yang sama juga, saya perlu maklumkan kepada anda satu lagi kunci penting di dalam kejayaan promosi email anda.

Mempunyai autoresponder adalah penting tetapi anda masih lagi perlu memenuhi satu lagi kriteria di mana autoresponder anda dapat menghantar email kepada pelanggan atau senarai nama anda dengan jayanya.

Di sinilah kebanyakan bakal usahawan internet tempatan kurang berikan perhatian. Saya tidak pasti sama ada ianya disebabkan kos atau kurangnya penekanan yang diberikan, tetapi “deliverability” atau peratusan email yang berjaya dihantar kepada pelanggan atau prospek anda juga memainkan peranan penting.

Sebagai contohnya, jika anda mempunyai 1,000 orang di dalam pangkalan data autoresponder anda dan apabila anda menghantar satu email kepada 1,000 orang ini, cuma 50 orang sahaja yang akan dapat email yang anda hantar, tidakkah ini tersasar daripada tujuan utama kita menggunakan autoresponder?

Bila anda menggunakan autoresponder, anda mahukan peratusan penghantaran email yang tinggi kepada pelanggan atau prospek anda.

Berbalik kepada contoh di atas, jika autoresponder X cuma dapat berikan peratusan 5% dan Autoresponder A dapat berikan 60% peratusan penghantaran email, tidakkah autoresponder A lebih baik? Sudah tentu kerana lebih banyak orang akan dapat melihat email anda yang mana email tersebut mungkin dapat menghasilkan lebih banyak jualan bagi anda.

Faktor harga autoresponder sebenarnya adalah salah satu sebab kenapa ramai bakal usahawan internet tempatan mengambil jalan mudah untuk tidak menghiraukan statistik peratusan yang saya berikan di atas.

Autoresponder X cuma $5.95 setiap bulan tetapi Autoresponder A pula mengenakan caj $19.95 setiap bulan. Jika dilihat kepada logik, memang Autoresponder X menguntungkan tetapi jika anda guna Autoresponder A, percaya atau tidak, anda mungkin akan dapat buat lebih banyak keuntungan dengan jualan yang anda hasilkan apabila menggunakannya. Sebabnya ialah peratusan pembaca email anda yang tinggi di dalam penggunaan Autresponder A berbanding Autoresponder X.

Anda lakukanlah sendiri pengiraan matematik sekiranya 10,000 berjaya dikumpulkan di dalam Autoresponder X dan Autoresponder A. Dengan projeksi 5% dan 60% peratusan kejayaan penghantaran email, Autoresponder X berjaya menghantar email kepada 500 pembaca, manakala Autoresponder A berjaya menghantar email kepada 6,000 pembaca. Jika 2% pembaca membeli produk berharga RM10, Autoresponder X berjaya menghasilkan jumlah jualan sebanyak RM100 manakala Autoresponder A berjaya menghasilkan RM1,200. Walaupun angka yang saya berikan ini cuma hipotesis, kebenarannya tidak jauh daripada apa yang dialami oleh usahawan internet yang berjaya.

Jadi, semasa hendak membuat langganan autoresponder, lihat dahulu kredibiliti syarikat pengendali autoresponder tersebut. Sekiranya syarikat pengendali autoresponder tersebut adalah baru, besar kemungkinan syarikat tersebut perlu mempunyai hubungan yang baik dengan “Internet Service Provider” yang lain untuk memastikan email autoresponder mereka berjaya dihantar ke email Yahoo!, Google, AOL dan sebagainya. Tanpa kredibiliti dan hubungan yang baik ini, agak sukar untuk pengendali autoresponder yang baru ini untuk bersaing dengan pengendali autoresponder yang lama yang telahpun mempunyai kredibiliti yang kukuh di dalam industri pemasaran email.

Anda boleh lihat sendiri yang saya menggunakan servis autoresponder daripada GetResponse disebabkan perkara yang sama seperti yang saya bincangkan di atas. Walaupun mungkin ada lagi servis autoresponder yang lain yang mungkin lebih baik peratusan penghantaran email mereka, saya rasa GetResponse juga merupakan antara yang terbaik di dalam bidang pemasaran email autoresponder.

Satu lagi servis yang saya sarankan kepada anda ialah Aweber. Anda boleh lawati laman web GetResponse dan Aweber di bawah ini untuk membandingkan servis dan harga yang mereka tawarkan.

http://www.bisnesdigital.com/getresponse
http://www.bisnesdigital.com/aweber

Terpulanglah kepada anda untuk menentukan servis autoresponder mana yang hendak anda langgani. Saya telahpun berikan beberapa butiran dan maklumat penting untuk anda pertimbangkan sebelum anda melanggan servis autoresponder.

Ingat! Autoresponder yang murah sekarang tidak semestinya dapat memberikan pulangan sehebat autoresponder yang premium di pasaran.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/admin untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.

Share on Facebook

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Palm Pre Reviews at Palm Pre Blog. | Thanks to Juicers, Free MMO and Fat burning furnace