Hari ini dah 3 hari kami mengadakan pengambaran tele-movie bertajuk RM20 Juta untuk RTM2. Pada hari pertama kami mengadakan pengambaran di Taman Tasik Aman atau lebih dikenali sebagai tasik buaya Puchong.


Semalam hari kedua di pejabat G.S. Gill di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan aku buat pertama kali berpeluang berjabat tangan dengan Datuk G.S. Gill yang sudah berusia 87 tahun.
Hari ini pula pengambaran dilakukan di sebuah restoran Iran berhadapan Lot 10 di Jalan Bukit Bintang atau lebih dikenali sebagai Bintang Walk.
RM20 Juta menceritakan tentang Farid, seorang pemuda 29 tahun yang tinggal dengan atuknya sejak kecil kerana ibubapanya telah bercerai. Atuk dan neneknya juga sudah bercerai sebelum Farid dilahirkan. Akibat peristiwa itu membuatkan Farid fobia untuk berkahwin.
Oleh kerana atuknya sudah uzur, Farid menguruskan syarikat atuknya yang berjumlah RM20 juta nilainya. Tetapi dia tidak pandai berjimat dan mempunyai ramai teman wanita.
Zakuan, pengurus syarikat itu risau kerana Farid tidak serius dalam tugasannya. Zakuan ceritakan hal Farid kepada Datuk Faruk.
Datuk Faruk panggil peguamnya, Kamarudin supaya buat satu wasiat di mana Farid dikehendaki berkahwin dengan seorang wanita yang solehan sebelum menyambut hari jadinya yang ke 30. Sekiranya gagal, kesemua harta bernilai RM20 juta itu akan pergi ke rumah anak yatim. Tetapi sebenarnya Kamarudin berhasrat membolot harta itu dan dia berharap Farid akan gagal menemui wanita solehan sebagai calon isterinya.
Berjayakah Kamarudin dengan hasratnya membolot harta itu atau berjaya Farid menemui wanita solehan sebagai isterinya? Sama-samalah kita saksikan di RTM2 nanti.
Tele-movie ini diarahkan oleh V. Nagaraj dan dibintangi oleh Zul Yahya, Jalil Hamid, Mustapha Kamal dan lain-lain.
RSS Feed
Twitter

Posted in 



