Petang tadi saya terima satu email daripada seorang usahawan internet tempatan dengan tajuk seperti di atas. Maksud beliau ialah daripada 100 yang dihantar, berapakah kadar email yang akan dibuka oleh subscriber. Berapa pula kadar klik pada link dalam email itu dan jika menjual produk berapa pula kadar jualan yang terhasil?
Beliau mensasarkan sebaik-baik sebuah mailing list itu harus mempunyai nilai conversion sebanyak 50% pada kadar buka email, 20% kadar klik pada link dan 3% kadar belian produk.
Dalam mengukurkan pada kadar itu, beliau turut menyarankan pentingnya penggunaan tool dalam autoresponder yang kita miliki.
Selain itu, beliau turut menyentuh jenis subscriber yang mempengaruhi conversion email yang dihantar. Bagaimana subscriber itu diperolehi dan bagaimana follow-up dilakukan serta tajuk email juga turut memainkan peranan penting.
Meskipun email ini tidak minta dijawab, tetapi secara spontan saya luahkan pandangan peribadi bahawa conversion setiap email itu berkait rapat pada content dan character pengirim.
Meskipun mailer itu seorang IM top, tapi kalau sikap dan perangainya kurang menyenangkan, saya tidak akan baca dan terus delete saja email itu. Kalau lagi tidak menyenangkan saya unsubscribed aje…!!!
Saya hormati dan bangga anak Melayu jadi usahawan internet. Bukan calang-calang dapat gelaran usahawan. Seorang kawan saya dah lebih 10 tahun niaga nasi lemak kat tepi jalan. Walaupun dapat beli rumah teres 2 tingkat di kawasan perumahan elite dan pakai kereta mewah dari hasil niaga nasi lemak, dia masih dan tetap juga dikenali sebagai penjual nasi lemak. Bukan usahawan…!
Maka bila kita sudah bergelar usahawan…tambah-tambah pula dikenali sebagai usahawan internet kita mesti komited…mesti ada tanggung-jawab. Jangan suka melengahkan delivery produk kepada pelanggan. Kalau janji ada bonus…mesti ditunaikan back-up selepas jualan mesti ada. Pelanggan mesti dihubungi balik…sekurang-kurangnya bertanya khabar…sama ada produk itu sudah diterima atau belum dan berharapkan pelanggan suka pada produk itu dan kalau boleh minta referal nama kawan-kawan yang mungkin akan berminat pada produk itu. Jangan langsung diamkan diri. Sedangkan semasa promo… sales letter menjanjikan gunung intan payung.
Maaf! Saya bercerita berdasarkan pengalaman. Dah tiga empat kali saya bengkak hati selepas membeli produk daripada IM kita. Tapi apakan daya…saya hanya diamkan diri aje!
Berbeza membeli produk daripada IM luar negera. Klik aje kat paypal dah terus boleh download. Dah tu pulak tanpa disangka ada bonus tambahan. Walhal semasa promosi atau kat sales letter tak ada pun tercatit. Selang beberapa jam terima email daripadanya bertanya khabar dan minta pergi ke blognya sekiranya ada apa-apa masalah atau perlukan apa-apa panduan teknikal.
Pengalaman ini juga terjadi semasa saya bertugas sebagai pengurus jualan BMW dulu. Salesman Cina akan follow-up dengan customers mereka untuk back-up services termasuk ambil dan hantar kereta customer ke workshop untuk services dan sebagainya. Dengan cara ini customer tadi senang hati dan tak keberatan rekemen kawan-kawannya beli kereta dari salesman itu. Tetapi salesman kita selepas jual terus lupakan customer itu dan hanya tumpukan kepada prospect baru yang belum tentu dapat jualan.
Di atas pengalaman ini juga ada dua tiga orang IM local yang saya blacklist. Cuma saya tak sampai hati nak unsubscribe aje…!!!
Maaf!! Itu luahan peribadi saya atas pengalaman yang pernah saya alami dalam masa lebih 2 tahun saya berjinak di dunia internet marketing ini.
Share on Facebook































































Utk maintain auto-responder bukan murah. Lagipun bila bercakap pasal autoresponder, kita kena cakap pasal Aweber aje… yg lain2 tak leh harap dan besar kemungkinan masuk ke spam folder subscribers. Aweber pula caj about USD 19 per month (minimum). So, kalau conversion tak banyak, rugi la pakai.
salam..
entry tuan ini memberi makluman yang bagus dan pengetahuan kepada saya. terima kasih
ish agak2 kenal tak im tuh.. memang uncle banyak pengalaman seharusnya dikongsikan bersama… yela kita baru setahun jagung nie..banyak benda tak tahu lagi ..huhu
Hehehe…itulah…saya dah 2 bulan Aweber masih belum betul2 capture mailing list lagi ni.
Waalaikumusalam sdra az man. Terima kasih sudi visit blog saya.
Uncle tulis tu coz dah byk kali kena! Mereka tu semua IM top…! Yang janji tang bonus lak sama ada mereka lupa atau sengaja dilupakan, Allah Wa’alam!
yup aku skong..IM luar ngara lebih pndai dlm menghantar emel kalo subsribe kt blog diorg..lebih beretika dan pndai menulis kiasan..
tp ade sorg IM msia yg beretika camtu dan aku respek pabila die hnatar email kpd sbcriber die-hasbul aqill.
IM luar ngara mmg pandai ambil kesempatan bila kita subscribe kat blog dia. Bahkan bila dia minta kita klik pada offer yg diberi, bersilih ganti bertukar page dan sebentar kemudian bertalu-talu kita akan terima email dari seluruh family dia yg terlibat dlm IM.
Wah, menarik juga ye, tapi saya belum pernah terima emel sebegitu.Yang penting, jika kita bekerja melibatkan customers, better jika kita buat follow-up. It will shows how commited we are, and it offers for more future prospect. Good article bro.
Terima kasih Faizul. Dlm sales dan marketing, tak kira sama ada offline atau online kita tetap kena servis customer.
Informasi yang sangat bermanfaat ..terima kasih dan salam kenal
Salam juga dari saya kpd Pedagang Melayu dan terima kasih kunjungi ke mari.