Balik kampung dalam menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang tidak berapa lama lagi, tentunya masing-masing sibuk hantar servis kereta. Cuma nasihat saya, kalau boleh hantarlah ke bengkel yang kita kenal. Ini kerana pengalaman saya sendiri sebagai seorang bekas pengurus bengkel servis kereta mewah, banyak cara yang boleh dilakukan ‘kenakan’ customer. Kalau boleh tunggu sampai kereta siap diservis. Periksa satu persatu alat-ganti yang ditukar. Itu sebagai ingatan!
Ini juga satu peringatan penting! Bila beli/tukar tayar kereta, jangan sampai tertipu. Jangka hayat tayar kereta itu cuma 5 tahun. Kalau dah lebih pada itu, sifat tayar itu sudah tidak sesuai untuk kegunaan di jalan raya. Ia akan membuat kereta kita terasa bergegar dan kurang cengkaman. Ini menyebabkan kereta mudah terbabas di selekoh yang licin.
Ini pernah terjadi pada seorang kawan saya yang membeli sebuah kereta terpakai. Kereta itu dah 2 tahun duduk dalam showroom used car dealer kerana tak ada pembeli. Kawan saya ini minat sangat pada kereta keluaran Italy, dia terus beli. Saya nasihatkan dia tukar tayar kereta. Tapi dia degil. Katanya tayar masih cantik lagi dan bunga masih tebal.
Dia pandu kereta itu ke Kuala Terengganu. Dari sana dia call saya bagitahu dia cukup puas hati pada kereta itu. Tayar juga tidak ada apa-apa masalah. Katanya, dia mengambil selekoh dalam kelajuan yang tinggi cengkaman tayar itu cukup mantap. Tetapi keesokkan hari dalam perjalanan balik ke KL, dia call saya dalam nada suara yang tersedu-sedu. Saya tanya kenapa? Katanya keretanya baru saja terbalik keempat-empat tayar ke atas dekat selekoh Marang.
Tayar masih elok dan bunga masih tebal, tapi kalau kereta itu dah lama tak bergerak, tayarnya dah keras. Bila dipandu, kereta mula melantun-lantun, dah jadi macam kereta Charlie Chaplin. Kepada kawan-kawan yang suka beli tayar terpakai terutama tayar import, nasihat saya, hentikan! Akibat nak jimat duit, kereta boleh terlibat dalam kemalangan dan kemungkinan nyawa melayang.
Beli tayar baru pun harus hati-hati juga, jangan tertipu! Pernah juga terjadi pada seorang lagi kawan. Dia dah tukar empat-empat tayar baru, datang jumpa saya minta nasihat kerana dia terasa keretanya melantun. Terkejut juga saya kereta buatan Jerman boleh melantun. Cuma kurang sikit pada kereta Charlie Chaplin. Tapi adalah lebih kurang macam kereta Mr. Bean.
Apabila saya teliti pada tayar yang dia baru pasang itu, rupa-rupanya tayar itu dah berusia lebih pada 6 tahun. Sedangkan jangka hayat sesebuah tayar hanya 5 tahun daripada tarikh dikeluarkan oleh kilang. Apabila menggunakan tayar yang sudah berusia lebih pada 5 tahun, ini akan membuatkan kita berkawan rapat dengan Charlie Chaplin dan Mr. Bean. Tetapi Michael Schumacher akan menjauhkan diri dari kita.
Okey, macam mana kita nak tahu usia tayar itu! Kalau dilihat pada kedua-dua gambar yang saya publish ini, pada bahagian tepi tayar itu, ada tercatat minggu dan tahun tayar itu dikeluarkan. Kedua-dua gambar ini adalah dari kereta saya sendiri.
Satu tercatat 5107 – bermakna tayar itu dikeluarkan pada minggu ke-51 tahun 2007. Satu lagi tercatat 0208 – dikeluarkan pada minggu ke-2 tahun 2008. Ini bermakna tayar-tayar ini belum menjangkau usia 3 tahun lagi. Masih elok dan memang masih boleh digunakan.
Tetapi harus diingat, meskipun tayar yang berusia kurang dari 3 tahun, seandainya sudah dipasang pada kereta dan kereta itu sudah 2 tahun tak bergerak, keadaan tayar itu sudah jadi keras. Daripada membahayakan nyawa kita, lebih didermakan untuk dijadikan tukum tiruan.
Share on Facebook































































Thank you for the tips bro. Skrg ni byk workshop yg tak boleh pakai. Baru setahun jagung dlm bidang workshop, terus bukak satu. Akibatnya, pelanggan sengasara.Pernah saya hantar ke satu kedai bikin kereta saya plus servis. Isi minyak hitam baru 4 liter. Lepas, 2 minggu, kereta kong sbb minyak hitam abis keluar ikut ekzos. Lampu minyak hitam pun tak nyala.. pui.. Tukar engine second hand pun dah 2k plus… kopak!
Bro, sebaiknya you survey for the best workshop dan mekanik/taukeh, then you stick to it. Mcm saya dah 15 tahun kat workshop Ah Guan, tapi dia ni India boleh cakap Cina.
I ve learned my lesson. Skrg ni pegi satu workshop je wlpn kedai dia jauh dari rumah. Tak apalah jauh sikit drive asalkan puas hati hasilnya.
Bro, bila kita maintain kat workshop yg sama, any related problems arise senang nak detect. Ini boleh kurangkan kos maintenance dan mmg hati kita puas. W/shop jauh sikit tak apa, just takes a leisure drive.
bahaya juga nie…memang ada tulis ek dekat tepi tayar tuh uncle?? dia punya tahun…. motor ada sekali tak??
Itu sebab kita mesti peka bila membeli tayar…kat motor pun ada juga, Zik.
kalau beli tayar baru, berapa tahun umur tayar tu yang kita boleh kopromi dengan workshop?
Tayar hanya tahan selama 5 tahun dari tarikh dikeluarkan oleh kilang.