Percutian aku di Penang kali ini merangkumi tiga dalam satu. Samalah macam minuman segera yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Sedangkan pepatah lama kita hanya merangkumi dua sahaja, iaitu sambil menyelam sambil minum air.
Tapi apapun sambungan entri Cuti-Cuti Pulau Pinang ini tetap sama seperti pepatah lama kita. Sambil bercuti memang kita perlukan makan. Cuma peluang menambah ilmu sambil bercuti ini hanya datang secara tidak langsung. Atas itu aku berterima kasih kepada saudara JimieRay yang bersusah payah datang menjemput aku di Lineclear.
Malam itu kami belasah nasi kandar cukup-cukup. Macam orang tak berjumpa nasi sebulan. Segala lauk pauk terhidang di meja. Paling menggerunkan kepala ikan yang begitu besar dihidangkan. Dalam korek-korek kepala ikan, rupanya isi dalam tak masak. Berkeriauk mamak datang gantikan dengan yang lain.
Aku naik kereta saudara JimieRay ke Bukit Jambul. Tiba di restoran kat sana dua orang blogger dan internet marketer saudara Haslah Hashim dan Azizi Mohamad dari Kedah sedang menunggu kami. Dalam asyik bersembang, sebuah kereta Mercedes tiba. Rupa-rupanya saudara Zamri Nanyan yang datang.
Sebenarnya pada setiap hari Jumaat malam Sabtu di situlah pertemuan blogger dan internet marketer dari Utara. Setiap minggu mereka akan berjumpa dan berbincang perkara-perkara berbangkit.
Terasa juga serba salah. Aku ni dah jadi macam pengacau pula. Tapi syukur mereka dapat menerima kehadiran aku. Sehingga jam melewati satu pagi kami masih rancak bersembang. Terima kasih banyak kepada saudara Zamri Nanyan yang banyak memberikan aku panduan dan nasihat percuma pada malam itu. Sehinggakan makan dan minum kami pun percuma juga. Semua dia yang bayar.
Esok pagi agenda kami melawat Taman Rama-Rama di Teluk Bahang. Selepas merakamkan gambar famili, aku bergegas keluar meninjau kalau ada warung kat situ. Sebenarnya perut aku lapar kerana pagi tadi terlepas sarapan kat hotel. Itulah akibatnya bangun tidur lambat. Arwah mak aku selalu berpesan, orang bangun tidur lambat akan terlepas rezeki. Tinjau punya tinjau yang ada kat situ hanya seorang nyonya jual buah potong.
Puteri aku cadangkan kita makan nasi padang Minang lauk ikan Negro. Katanya ikan itu ditaruk sambal dan dimasak sampai hitam macam orang Negro. Apapun aku tak peduli. Janji dapat isi perut yang dah mula berbunyi. Tapi tiba di sana kami terpaksa que untuk dapatkan meja kosong. Punyalah ramai manusia makan kat restoran tu.
Balik ke hotel terbungkam tidur akibat kekenyangan. Bangun tidur serve internet lagi. Permaisuri jeling pun aku buat tak pandang. Emel yang masuk ke inbox pula mengalahkan bullet train. Terpaksalah check satu satu. Mana tak penting delete aje!
Dinner malam ini sekali lagi puteri aku cadangkan kita makan ketam bakar di restoran tsunami. Punyalah banyak lauk pauk yang dia order, sampaikan mata dah terkebil-kebil melihat baki udang galah dan sotong goreng. Tapi apapun mesti habiskan juga. Kalau tidak membazir pula.
Agenda besok meninjau di pasar Chowrasta. Buah-buah jeruk menjadi pilihan puteri-puteri, sementara permaisuri pula pilih buah berangan. Aku? Sental apa yang ada. Makan tengah hari kami singgah di restoran Hameediyah. Kata orang Penang nasi kandar situ lebih baik dari Lineclear. Tapi pelanggan memang pack. Lagi sekali terpaksa tunggu giliran untuk dapatkan meja kosong.
Petang itu kami konvoi balik ke Kuala Lumpur. Memang pun betul-betul punya konvoi. Punyalah banyak kereta dari Utara menuju Kuala Lumpur, sehinggakan perjalanan kami mengjangkau 8 jam. Keluar dari kereta, kusyen kereta masih berasap….panas!!
Share on Facebook











































































sekali-kali bolehlah tengok ke Bali..
salam kenal..
Terima kasih, tuan. Memang saya teringin juga hendak ke Bali.
hmmm amazing …. esok nak gi penang ler ni. tak tau lah nak hilangkan stress ker atau nambahkab lagi stress almaklum first time nak drive nun jauh gitu.
Driving long distance perlu relax….baru kita enjoy dan tentu tak ada stress.