Kenapa Jibam Gagal Diterbitkan

Aku telah ingatkan mereka daripada awal lagi. Sesiapa saja yang terlibat dalam produksi filem Jibam ini hendaklah jujur dan ikhlas. Jangan dengki, iri hati dan tamak haloba. Senang kata jangan ada sekumit hitam di hati mereka. Baik produser, pengarah filem, production team dan juga technical team. Ini kerana kita akan garapkan sebuah cerita tentang seorang kanak-kanak OKU yang jujur dan lurus bedul. Badi kanak-kanak ini telah aku rasai daripada awal menulis skrip dan dalam usaha selama satu tahun cuba mendapatkan produser menerbit filem itu. (Sila rujuk pada entri ‘Harry Porter Melayu’).

Tugasan aku selaku Executive Producer dalam menyeleraskan lokasi baru di Slim River semuanya beres. Segala peralatan termasuk kayu kayan, zinc lama, dinding bertam, atap bertam untuk membina set rumah Jibam, rumah Tuk Ngah Sudin, rumah Usin Singai, rumah Usup Kidung dan sebuah warung Pak Itam semuanya sudah berada di tapak lokasi, walaupun satu sen duit belum dikeluarkan lagi oleh produser. Semua itu di atas kepercayaan orang kampung di Slim River kepada aku.

Selain itu props seperti sebuah van body kayu, 8 buah basikal lama, dapur minyak tanah cap ‘butterfly’, tempayan-tempayan lama untuk diletakkan depan setiap rumah semuanya sudah diperolehi atas usaha Atan Slim. Setiap kali aku naik ke Slim River, dia orang datang jumpa aku bertanyakan duit mereka. Tukang-tukang rumah pula tanya bila rumah-rumah itu hendak didirikan kerana dinding bertam dan atap bertam yang lama sangat tersandar di pokok kena hujan panas akan jadi rosak dan susah hendak dipasang nanti.

Orang kampung mula excited kerana pertama kali sebuah filem akan dilakukan pengambaran di kampung mereka.  Bahkan Ketua Kampung, Tuk Penghulu, DO dan OCPD, pantang jumpa aku mesti tanya bila kami nak start shooting. Yalah, selepas pelancaran itu hari berita ini dah tersebar di dada akhbar. Dengar khabar berita ini juga sudah sampai ke pejabat Menteri Besar di Ipoh.

Aku tanya produser bila nak bayar duit dia orang tu dan bila kita nak mula shooting. Rupa-rupanya produser tak ada duit. Dia mengharapkan dana FINAS sebagai modal untuk filem ini. Sebaliknya dana itu melalui bank SME. Pihak bank SME pula hanya akan release payment yang pertama setelah 25% pengambaran dilakukan. Selain itu dengar khabar pihak bank SME tidak bersetuju dengan beberapa orang pelakon baru yang dipilih oleh pengarah. Mereka mahu pelakon-pelakon yang ada commercial value.

Produser minta aku dapatkan mana-mana kawan atau investor yang interested JV dan pump-in modal awal sebanyak RM400 ribu untuk filem ini. Kalau aku ada kawan atau investor, lebi baik dari awal dulu aku terbitkan sendiri filem ini. Tak adalah nak susah payah macam ni.

Apapun aku kena jalankan tugas aku selaku Executive Producer. Aku berunding dengan bos syarikat pembekal equipment filem ini. Kerana kesiankan kami, dia sanggup release dulu equipment tanpa bayaran sehingga kami dapat first payment dari bank SME. Tapi itupun kami nak kena bayar technical crew, production crew dan pelakon. Mana kami nak cekau duit? Di atas dasar simpati dan beliau yakin kami akan bayar, dia bersetuju untuk release equipments dan technical crew.

Aku sampaikan berita baik ini kepada produser. Aku pujuk produser bayar dulu 10% kepada production team dan pelakon, kita dah boleh mulakan shooting. Tapi aku tengok muka produser ketat aje…! Sepuluh peratus pun dia tak daya nak usahakan. Aku sendiripun dah tak tahu nak cakap lagi. Muka aku dah tebal giler. Orang kampung asyik tanya duit mereka.

Jalan terakhir, aku lakukan sesuatu yang di luar batasan. Cerita ini memang tak pernah tersebar di mana-mana. Selama ini memang tak ada siapa pun yang tahu, kecuali kami lima orang saja. Dan….buat pertama kali, aku bongkarkan usaha terakhir aku itu di dalam blog ini.

Di atas bantuan seorang kawan, beliau bawa aku berjumpa David Teoh. Dalam perbincangan kami, David minta aku bawa produser jumpa dia. Kalau produser setuju pada syaratnya, David akan bantu. Depan David juga aku call produser. Appointment set untuk meeting di pejabat Metrowealth pagi besok.

Pagi besok produser datang dengan bisnes partner dia. Kami berempat mula berbincang untuk selamatkan Jibam. David Teoh bersetuju membiayai 100% kos pembikinan filem itu dengan syarat:

  1. Tukar pengarah baru.
  2. Tukar pelakon-pelakon remaja kepada yang ada commercial value.
  3. Dia akan monitor pembikinan filem ini dari A sampai Z.

Aku renung produser dan bisnes partnernya dengan harapan mereka bersetuju. Tapi sebaliknya dua-dua pun aku tengok muka kelam aje…! Kemudian produser bersuara. Katanya, dia dah keluarkan RM20 ribu untuk buat lagu tema.

David terkejut tepuk dahi. “Haiyaa….sape suruh you buat theme song? Kita shot dulu baru buat theme song.”

Jawab produser, dia ikut kata pengarah. Tapi kata David, buat theme song RM5 ribu sudah cukup. Produser terdiam. Mungkin terasa dia sudah tertipu. Aku ingatkan Tipah saja tertipu. Tapi produser yang begitu berhati-hati pun tertipu juga. Sedangkan duit skrip aku pun ada setengah lagi belum bayar. Usaha aku selama ini selaku executive producer pun hanya bagi advance untuk minyak kereta, bayar tol dan makan minum saja.

David hanya tunggu jawapan produser. Kalau setuju, besok juga akan diadakan sidang akhbar dan terus pre-pro untuk gerakkan filem ini. Dan itulah kali terakhir aku jumpa produser. Sehingga sekarang semuanya diam! Duit skrip pun masih tertunggak lagi. Saudara AF pula selepas itu tak mahu jawab call aku. Sehingga sekarang aku dan dia sudah tak bersua muka lagi. Tapi dekat bulan baik ni, aku minta sekiranya dia terbaca catatan ini, aku maafkan dia dan aku juga pohon ampun dan maaf sekiranya aku bersalah. Jangan putuskan siratul-rahim persahabatan kita selama ini.

Sebenarnya konflik aku dengan sdra AF kerana aku tidak bersetuju isteri dia pegang watak ‘Miah’. Dalam filem ini watak ‘Miah’ ialah seorang gadis kampung yang baru lulus MCE dan masuk belajar di UPM. Kita sendiri boleh bayangkan bagaimana wajah, bentuk badan dan warna kulit watak Miah itu. Sedangkan isteri dia berwajah ala-Pan Asian, tinggi lampai dan berkulit cerah.

Kedua, dia mahu olah skrip itu dengan mewujudkan kembali watak ‘Suman’ yang sudah mati melihat Jibam setiap kali dipukul dan didera oleh Tuk Ngah Sudin dan Usin Singai. Dan ketiga, mungkin dia dapat berita aku bawa produser jumpa David Teoh. Apapun tujuan aku ikhlas untuk jayakan Jibam. Lagipun aku sudah banyak menanggung malu. Dahlah mula-mula di Terengganu, lepas itu di Slim River pulak.

Tetapi yang paling mengejutkan aku apabila keluar article dalam akhbar Berita Harian mengatakan ‘Jibam’ akan pindah lokasi dari Slim River ke Semenyih. Lantas aku call pemberita itu. Katanya dia tulis atas statement daripada produser. Aku terus kelu, dah tak boleh nak cakap apa lagi. Secara tidak langsung aku dapat agak tugas aku selaku Executive Producer sudah ‘dilucutkan’.

Pengorbanan dan usaha aku selama ini tidak dihargai. Sedangkan right ‘Jibam’ di atas nama aku, aku sanggup pindahkan kepada syarikat. Aku lakukan ini atas desakan produser kononnya akan melicinkan proses filem. Tetapi sebenarnya perasaan tamak sudah mula berakar berdasarkan kertas-kerja asal yang aku sediakan banyak boleh dapat penaja baik daripada syarikat swasta mahupun badan kerajaan.

Berita terakhir yang aku dapat tahu, produser bayar kepada penerbit novel sebanyak RM40ribu bayaran copyright cerita itu untuk difilemkan.

Share on Facebook

You can leave a response, or trackback from your own site.

16 Responses to “Kenapa Jibam Gagal Diterbitkan”

  1. Ismail N says:

    Salam bro. Very sorry to hear that. Terutama sekali apabila bro telah buat so many work for them tapi ini balasan yag di berikan. No wonder lah org zaman dulu2 cipta peribahasa “Habis Manis, Sepah DiBuang”. Terlalu BIASA perkara ini berlaku dalam masyarakat kita. Amat mendukacitakan.

    Saya pernah baca Novel “Jibam” ini masa kecil dulu-dulu. Malah kartunnya pun dikeluarkan dalam sebuah komik popular dulu. Saya AMAT suka ceritanya – amat menyentuh perasaan. Watak-watak seperti Tuk Ngah Sudin, Usin Singai segar dalam ingatan saya walaupun jalan ceritanya mungkin byk yang saya dah lupa. Bagi saya ianya novel yg klasik dan wajar dibaca oleh anak muda zaman sekarang.

    Bila saya dengar Jibam akan difilemkan dulu saya pun excited. Masa tu, kita belum brp kenal lagi (Thanks to MBB & FB, I semakin mengenali Bro Ruslie skrg). Apa yg menarik tentang kisah Jibam ialah ia berkisar kepada kehidupan insan OKU. Bro pun tahu hal2 berkaitan dgn OKU amat DEKAT di hati saya.

    Bila saya baca artikel di atas saya berasa amat kecewa… bukan sahaja pada produser, malah kepada byk2 pihak2 yg lain termasuk FINAS dan SME juga. Saya tahu semua org mahu kalau boleh semua filem kalau boleh ada Juliana Evans atau Diana Daniel bergandingan dengan hero2 kacak dan muda. Sebabnya ia lebih komersial dan boleh buat duit.

    Tapi untuk sekali, tak bolehkah kita tolak tepi soal komersial dan ambil rugi utk ketengahkan filem sebegini pula bagi memperbanyakkan khazanah filem negara. Lagipun, tak semestinya RUGI! Apalagi kalau ada kerjasama dari Kem Pemb Masy dan dsb bagi mempermosikan filem ini.

    Thanks sebab menjelaskan hak yg sebenarnya. Bro, jgn patah semangat . Saya pun dlm bisnes dulu, selalu kena “kencing” juga tetapi saya anggapnya sebagai pengalaman berguna.

    Regards,

    Ismail N

  2. Argh, perit pengalaman abang ni. Itulah asam garam industri filem kita.

    So filem Jibam akan diterbitkan juga oleh produser ke? Tanpa menggunakan Metrowealth?

    Since produser dah beli rights novel tu apakah skrip abang akan terus digunakan? Or mereka akan suruh orang lain tulis skrip baru?

  3. zaki says:

    tak sangka, banyak betul ‘cerita’ di sebalik cerita Jibam ni. bila dah ikuti blog ni, barulah saya tau sedikit sebanyak kisah suka duka, pahit manis berkaitan industri filem ni

  4. rusliesophian says:

    Thanks bro Ismail. I like your comment. Base on my proposal, filem itu boleh menjadi sebuah khazanah negara yang tak ternilai harganya. Di tambah pula sekiranya ada penglibatan dari beberapa badan kerajaan termasuk kementerian pelancongan, kementerian belia dan kementerian kebajikan masyarakat.

    Harapan saya bukan takat blockbusters, tapi turut bertanding dlm festival filem Asia dan juga Cannes Film Festival. Memangpun asalnya saya tak tumpukan pada nilai commercial, sebaliknya lebih ditekankan pada inti cerita. Watak yang saya cadangkan; 1. Suman (Eman Mana) 2. Tuk Ngah Sudin (Jalil Hamid) 3. Usop Kidung (Wan Hanafi Su) 4. Usin Singai (Nasir Bilal Khan) 5. Lebai Dollah (Abu Bakar Omar) dan 6. Mak Jibam (Khadtijah Tan).

    Tapi sekarang nak buat macam mana lagi. Nasi dah jadi bubur. Kalau kita makan bubur tak akan kenyang dan bubur biasanya makanan orang sakit aje. Hehehe!

  5. rusliesophian says:

    Salam Nor,
    Terima kasih sudi singgah di blog saya. Memang perit pengalaman saya itu. Tambah perit dan agak kesal hubungan saya dgn Ahmad Fauzee putus.

    Actually kini saya pun tak tahu apa statusnya. Dengar kata produser dah migrate ke Australia. Tapi my lawyer is still pursue the case for my script.

    Memang amat sayang filem ini tergantung tak bertali!

  6. rusliesophian says:

    Terima kasih bro Zaki. Itu sebab kerana Jibam saya dah 2 tahun lebih tak balik ke Terengganu. Memang saya malu besar dgn orang Terengganu. Tapi seandainya Jibam jadi shot di Terengganu dulu, memang nama Terengganu naik di mata dunia perfileman local dan antarabangsa.

    Kata orang Terengganu, “Nok wat guane doh dok jadi”.

  7. chah2010 says:

    salam en rosli, saya bersimpati dengan apa yg trjadi.
    Saya bangga dengan usaha, semangat dan kejujuran encik dalam mengangkat karya Jibam yg saya kira begitu bagus.

    saya selalu membayangkan filem jibam ini seperti cerita orang tua dikaki gunung pada zmn saya kecik2 dulu.
    kalu tak silap watak anjang aki dilakonkan oleh tamam idris.

    Cadangan pelakon seperti yg encik nyatakan amat saya setuju. pelakon2 itu semuanya hebat n real. Tambah lagi kalau abu bakar omar.

    Membayangkan suasana kampung yang nyaman, udara yg sejuk,hutan diselaputi kabus pagi..
    rumah pondok atap rumbia dibina dilereng bukit.
    seperti kawasan kediaman org asli.

  8. rusliesophian says:

    Waalaikumusalam Chah,
    Terima kasih singgah di blog saya. Cabaran dan dugaan terlalu hebat dlm usaha saya memartabatkan filem Jibam itu. Namun saya akur pada ketentuan Illahi. Tapi seandainya filem itu menjadi kenyataan ia menjadi kebanggaan semua pihak.

  9. umihoney says:

    Salam sejahtera Sdr Ruslie,

    Terkedu Umi. All that hard work you did came to nothing. Umi dapat bayangkan rasa segan dan malu alah saudara pada orang orang yang telah membantu saudara dikedua2 tempat tersebut.

    This freaking producer sounds so retard, bodoh sombong kata orang tua2.Berlagak bagus and totally not fit to call himself a producer. More like a venture capitalist with no capital.How can you start a business without money. Thats totally and utter nonsense.Nak buat direct selling pun kena keluar modal..nak bikin filem? He himself has to have his own credentials checked first before you entrust your script to him. He must have at least some fund to kick off. I don’t think any bank in the world would release fund based on nothing.That is business.No one is doing business for love.

    The whole problem in this scenario started with the producer not having the money to kick off the project.Simple as that. Next time my friend make sure the producer is a REAL producer and not a dream merchant.

    You are sincere and can really deliver. Hope you will find the right team in future, not some wannabe noobs and glam seeker.

    Take care my friend.

  10. fairuz says:

    salam..

    cerita Jibam membawa pengajaran dn mjauhkan sifat2 xbaik tp dlm proses nak buat filem plak leh ada ’sekumit hitam di hati mereka’.

  11. rusliesophian says:

    Terima kasih Fairuz, semuanya berpunca drp perasaan tamak haloba.

  12. rusliesophian says:

    Thanks for your comment Umi.

    Itulah ramai sangat yang nak jadi produser filem. Like this case, she was a talent scout agency cum as a production manager. In fact I respected her for the spirit to change her life. But the only problem, dia banyak sangat dengar cakap dan nasihat kawan2 yang tidak berkaitan serta terlalu terpengaruh sangat pada cakap pengarah. Maka itu sebab lokasi boleh jadi berpindah randah dan kesudahannya filem gagal diterbitkan.

  13. zik says:

    alamak kesiannya ..bersimpati la uncle dengan kejadian macam ini…

  14. rusliesophian says:

    Uncle dah kerap alami trajedi macam ni…sehingga memberikan idea untuk uncle tulis e-book.

  15. salam tuan rumah…

    bro rase, bro pernah bace buku nie… mmg sedih sangat bile bacenye….

    erm alahai huhuhu

    slim river tue kampung ayah teman.. teman pulak dok behrang je.. xde la jauh beno dengan slim river tue…

    p/s- besa la tue dunia…

    teman pun baru stop kerja kerna perkara2 lebih kurang cam nie jugak.. penganggur la teman…hope masih ada income sebagai freelance

  16. rusliesophian says:

    Waalaikumusalam Bro Framestone. Terima kasih sudi singgah ke mari. Citer Jibam mmg hebat. Kalau Mat Salih nengok boleh nangis.
    Saya tiap hari Sabtu dan Ahad ada kat Slim Village kerana dusun teman kat Rasau. Boring kat KL pergi menebas kat dusun…badan pun sihat.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Palm Pre Reviews at Palm Pre Blog. | Thanks to Juicers, Free MMO and Fat burning furnace