Nasib Penulis Skrip

Rentetan entry blog Maizura Mohd Ederis bertajuk ‘Nasib Penulis Skrip’ sehingga menjangkau ke part 5, maka aku pun benar-benar terpanggil untuk turut sama meluahkannya. Meskipun sudah 24 jam aku masih belum tidur lagi kerana perlu menyiapkan satu proposal untuk produser yang hendak dihantar ke sebuah stesyen TV swasta, aku gagahi juga diri aku ini untuk mencatatkan pengalaman demi renungan semua penulis skrip khasnya dan seluruh pembaca blog amnya.

Aku setuju dengan apa kata saudara Mazelan Manan dalam blognya. Seorang penulis skrip tidak berupaya untuk meletakkan harga dalam menyiapkan sebuah proposal. Ini kerana produser boleh cari penulis skrip lain untuk melakukannya. Maka kerana itu sebahagian daripada penulis skrip yang kerap menjadi mangsa dan diperkotak-katik oleh produser.

Aku kagum pada kegigihan saudara Eizlan Yusof berusaha membela nasib penulis skrip dalam mengaturkan pertemuaan antara penulis-penulis skrip dan presiden SWAM (Screen Writers Association of Malaysia), Encik Ismail Ahmad.  Maka pada 21hb Febuari 2010 (Ahad), jam 3.00 petang bertempat di FINAS, Hulu Klang, Kuala Lumpur, pertemuan tersebut akan diadakan.

Semua penulis skrip yang pernah menghasilkan karya di kaca TV, sekurang-kurangnya sebuah karya, tidak kira samaada skrip drama TV, dokumentari, majalah, bual-bicara, program realiti ataupun gameshow dijemput hadir.

Tetapi yang tak syoknya, pertemuan itu bersyarat. Penulis skrip yang masih belum menjadi ahli SWAM dikehendaki jadi ahli dulu baru boleh sertai pertemuan itu. Kalau tak jadi ahli, presiden SWAM tak mahu jumpa penulis skrip. Kalau bak kata omputeh….nie dah tahap ‘blackmail’.

SWAM memang mahu semua penulis skrip bergabung di bawah payungnya. Ini kerana masih ramai lagi penulis skrip yang tidak menjadi ahli SWAM. Termasuklah aku sendiri.

Jangan tanya apa yang negara boleh buat untuk kamu, tetapi tanya apa yang kamu boleh buat untuk negara! Itulah lazimnya. Tetapi dalam soal ini, apa SWAM boleh buat untuk penulis skrip? Sehingga kini SWAM sudah beberapa kali bertukar pemimpin, tetapi masih di tampuk lama juga. SWAM masih gagal mendapat pengiktirafan daripada stesyen TV, waima dengan RTM.

Tetapi apapun aku setuju pada saranan saudara Mazelan Manan supaya kita bertindak secara profesional dengan mengumpulkan segala persoalan, jadikan draf, hantar pada SWAM dan minta satu tarikh untuk SWAM menjawab segala persoalan. Dalam pada itu, beliau sarankan supaya melantikkan beberapa ahli SWAM bagi soalan-soalan berbangkit pada hari pertemuan itu.

Aku sememangnya sudah lama menunggu saat-saat sebegini. Insya-Allah…diizinkan Allah s.w.t. aku akan bersama semua penulis skrip tanah air bergabung tenaga.

Share on Facebook

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Palm Pre Reviews at Palm Pre Blog. | Thanks to Juicers, Free MMO and Fat burning furnace