Pejam celik dah masuk 4 hari kita berpuasa. Lebih kurang 3 minggu lagi warga kota berdedai balik kampung. Ada ke Utara, ada ke Selatan dan tak kurang juga balik ke Pantai Timur. Pendek kata semua jalan raya dan lebuh raya akan penuh sesak dengan kenderaan.
Dalam masa yang masa, pihak berkuasa akan mula lancarkan sama ada ‘Op Sikap’ ataupun ‘Op Raya’ atau apa saja Op dalam mengawal kemalangan sifar. Tetapi seperti biasa, beratus-ratus kemalangan jalan raya akan berlaku di seluruh negara dengan setiap hari tidak kurang daripada 10 kematian.
Pendek kata, akan ada keluarga menyambut hari raya dalam tangisan.
Sebenarnya agak susah untuk kita tentukan apakah punca kemalangan ini! Adakah kerana jalan raya terlalu padat dengan kenderaan? Atau sikap pemandu? Atau kenderaan itu bertindak di luar kawalan pemandu? Atau mungkin kerana jalan raya kita memang teruk!
Biasanya orang yang tak pandai menari akan kata lantai itu tinggi rendah, tak sama rata! Itulah alasan terbaik mereka!
Dalam hal ini sebenanya pemanduan berhemah atau defensive driving adalah penting! Ini tidak bermakna kita kena pandu perlahan atau elakkan daripada kenderaan lain jauh-jauh supaya tak terlibat dalam kemalangan. Kalau nak berlanggar, pandu 20kmsj pun tetap akan berlanggar juga!
Mengenali sifat-sifat kenderaan yang kita pandu itu adalah asas pemanduan berhemah. Secara dasarnya kita mesti tahu dan jaga P.O.W.E.R kereta kita.
P untuk Petrol – adakah kereta kita serasi dengan penggunaan petrol RON95 atau RON97 atau diesel atau mungkin minyak tanah. Tentukan kita jangan kehabisan petrol di tengah jalan. Tiba-tiba kehabisan petrol ketika sedang memandu boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Dan tentunya akan menyusahkan kita untuk pergi beli minyak.
O untuk Oil – jaga minyak enjin. Kalau dah cair lama tak servis, baik hantar servis. Tentukan kesesuaian jenis minyak enjin untuk kereta kita.
W untuk Wiring – periksa semua wiring pada kereta kita.
E untuk Electrical – periksa semua lampu berfungsi baik. Kalau fius terbakar, belajar cara-cara nak tukar fius. Ada kereta mati tengah jalan akibat fius terbakar. Tow-truck datang tunda ke bengkel dah kena bayar tow-truck tiga empat ratus. Lepas itu taukeh bengkel lagi kenakan kita. Pada hal kereta mati kerana fius terbakar aje…harga pun tak sampai dua ringgit.
R untuk Rubber – periksa semua apa-apa saja yang diperbuat daripada getah. Paling utama ialah tayar. Mesti tahu jenis-jenis tayar yang sesuai untuk kereta kita dan cara pemanduan kita.
Insya-Allah 5 perkara itu dijaga dan diambil berat ia akan menghindarkan kita daripada terlibat dalam kemalangan raya.
Memandu selamat dan berhemah akan menceriakan hari raya kita nanti.
Share on Facebook































































Thanks for the tips bro. Harap2 kereta ok lah. Raya nanti saya naik plane ke KL. Dari sana, my family akan sediakan kereta utk we all balik Johor. I trust they all sudah buat semua steps di atas.
The normal drivers tends to overlook the P.O.W.E.R of the car. Kalau semua ini dijaga baik, kereta pun boleh tahan lama and of course selamat di jalan raya. Kalau singgah KL, give me a call nanti.
semoga bulan puasa kali ini mempunyai kadar kemalangan yang hampir 0 =). Selamat berpuasa bro
terima kasih atas tips2 penjagaan kereta lagi.. mudah2n kita dihindarkan drp perkara2 yg tidak diingini…
Kalau 5 perkara itu dijaga, kereta kita tahan lama dan perjalanan kita pun selamat.
Kita amat berharap musim raya ini tak ada orang kita terlibat dalam kematian jalan raya. Itu sebab pemanduan berhemah amat penting.
semoga raya kali ni membawa lebih kegembiraan drp kedukaan..hati2 memndu..nice tips bro…
Itulah yang kita harapkan, bro Azizan. Mmg sedih bila baca berita ada keluarga sambut raya di bilik mayat. Harap2 tahun ni turun kadar kemalangan.
Salam..
Harap2 kereta ok la, sebab tak servis lagi..hehe, ingat nak servis minggu depan sebab raya ni nak balik rumah mertua kat Kelantan..biasa la sapa tak tahu jln menuju ke kelantan dari perlis..berbukit2…break kereta tu yg paling penting saya selalu fikir…selain minyak yang kena cek…nice info…
Waalaikumusalam Ashraf,
Sebaik-baiknya servis kereta tu biarlah di bengkel yang kita kenal…taklah kena ketuk! Posting akan dtg nanti saya akan citerkan ttg brake kereta yang merupakan musuh utama kita! Bila check minyak tu…termasuklah minyak brake, minyak power stering, minyak clutch sekali.
Tips yang POWER untuk menjadikan kereta kita sentiasa baik dlm penjagaan harian. Bagus tip ini…
Ingat POWER kita akan ingat apa komponen penting yang harus dijaga pada kereta kita.
power… hati2 semua bila memandu… pastikan power nie dah complete… sebelum balik kampung..
Zik, kita doakan semua selamat balik kampung dan selamat balik bertugas. Mudah2an kali ni tidak ada yang menangis dalam gema takbir Syawal.