Setiap pemandu sebuah kenderaan sememangnya dia adalah ‘boss’. Dia lah yang menentukan hala-tuju kenderaan itu. Sama ada kenderaan itu akan tiba ke destinasi atau sebalinya, semua terpulang pada ‘boss’. Meskipun dia hanya bekerja sebagai drebar kepada seorang boss, dia tetap ‘boss’ kepada boss itu. Dia yang akan menentukan sama ada boss itu selamat tiba ke destinasi atau terjun ke gaung.
Bagi ‘boss’ yang peka, sebelum memandu dia akan tentukan atau selaraskan tempat duduk mengikut cita-rasa keselesaannya. Sama ada dia mahu tinggi…rendah atau jauh…dekat dengan stering, semua terpulang pada dirinya. Itu sebab selepas orang pinjam kereta kita, ia akan mengambil masa untuk kita selaraskan semula kedudukan itu pada keselesaan kita.
‘Boss’ yang peka juga akan tentukan keselamatan perjalanan. Dia akan pastikan cermin pandang belakang (rear view mirror) dan cermin sisi (side mirror) terang dan jelas penglihatan di belakang. Semasa memandu pula dia akan tentukan kelajuan kenderaan itu mengikut berat/ringan bebanan. Bukan main belasah sesuka hati.
Kalau kita tengok banyak kemalangan berlaku berpunca daripada ‘boss’ yang tidak peka atau tidak peduli bebanan kenderaan itu. Tambah-tambah bila nak balik kampung sambut hari raya. Dalam kereta dah ada tujuh lapan orang. Ditambah pula beg-beg baju dan lain-lain lagi membuatkan kereta itu terconget. Bila tengok kereta lain laju, dia pun nak laju sama.
Maklumlah bila kereta banyak potong memotong antara satu sama lain, semangat berlumba mula berkobar-kobar. Ini dah jadi kebiasaan pemandu kita. Bila kereta depan brek nak elakkan sesuatu, dia pun ikut sama brek. Tapi dia tak sedar yang kereta dia berat. Inilah salah satu punca menyebabkan kereta itu terlibat dalam kemalangan. ‘Boss’ dah hilang kawalan.
Kerana nak cepat sampai rumah walaupun hari raya 3 hari lagi, tengok kereta depan memotong ‘double line’, dia pun ikut sama. Kereta depan lepas, tapi dia tak lepas. Bila bebanan kereta dah berat, power kereta pun berkurangan. Tapi sebaiknya janganlah memotong di ‘double line’. Peristiwa yang berlaku depan mata saya masih jelas tergambar.
Kesimpulannya, nak balik sambut hari raya dengan keluarga, biarlah lambat asalkan selamat. Jadilah seorang ‘boss’ yang baik.
Share on Facebook































































Bagi saya memandu adalah satu tugas yg meletihkan. Terutama kalau gear manual – tangan dan kaki kiri, kanan guna. Mata dan telinga (plus hidung cium kalau ada bau terbakar) sentiasa kena peka. Jadi kalau anda semua pakai drebar.. janganlah lanyak dia sampai 24 jam driving. Kalau drebar mengantuk dan tertido, habisssss…….
heheheh..pemandu tu termasuk yg bawak motor ke bro?
Alamak….cikgu dtg! Terima kasih sudi singgah….! Errr…yang bawa motor tu pun pemandu juga…dia yg tentukan hala-tuju motor tu…sama ada nak ke Giants atau Bazar Ramadhan, dah tentulah dia ‘boss’ juga. Tapi bawak superbike dah tak boleh nak merempit daaa….hehehe!
Hehehe…memandu mmg meletihkan. Nak pulak mcm kita nie…pemandu veteran. Nak pakai drebar tak mampu…anyway saya setuju jgnlah lanyak drebar teruk-teruk sangat driving.
janji terkejar-kejar sangat…rehat pun kena cukup jugak… kang mengantuk nanti susah juga tuh… tidor tepi jalan jap..atau rehat diperhentian..
Hai Zik, mmg driving nak kena cukup tidur…tidak tu nanti boleh songdol belakang treler yang bergerak. Tapi tidur kat RNR pulak nak kena hati2…ramai penyeluk saku mencari mangsa kat situ.
TQ BOSS…
Satu pesanan yang kebanyakkan pemandu terlepas pandang tentang perkara ini.
TQ atas kunjungan Tuan JimieRaya. Dengan sedikit pengalaman yang ada, saya cuma dapat curahkan pada kawan2 agar titik berat pada pemanduan secara lebih baik.
jadilah Boss yang baik..
memandu ni letih sebab kita guna akal dan tenaga..
jadi, berhati-hatilah…
thanks, nice entry..
Kerana guna akal maka kita kena jadi ‘boss’ yang baik dan sentiasa berhati-hati di jalan raya demi keselamatan penumpang.
Terima kasih boss. Entri yang penuh bermakna dimusim orang balik kampung ni.
Terima kasih sudi berkunjung sdra Zoul. Kalau nak balik beraya ke kampung, jadilah seorang ‘boss’ yang baik.