Omputeh kata stress, tapi kalau Melayu kita kata ‘tekanan’. Kononnya nak bunyikan sedap sikit, kita sebutlah ‘stress’. Sebenarnya tak ramai orang kita sedar, bahawa ini adalah satu penyakit baru masyarakat masa kini. Lebih-lebih lagi masyarakat di kotaraya. Belum matahari naik dah keluar dari rumah untuk mencari rezeki. Matahari dah tenggelam baru balik rumah.
Stress boleh berlaku pada sesiapa saja dan bila-bila masa. Kalau nak kena, ia tak kenal orang dan juga dan tak kira tempat. Baik di rumah, di tempat kerja ataupun lebih-lebih lagi di jalan raya. Yalah, memandu dalam terafik jem semuanya tertekan. Pedal brek nak tekan, pedal minyak nak tekan dan pedal clutch juga nak tekan. Tapi kalau kereta otomatik, tak payahlah tekan clutch. Hehehe…gurau sikit.
Itu bagi memandu sendiri. Kalau yang gunakan kenderaan awam, baik bas, teksi, LRT mahupun komuter juga hadapi stress. Bayangkan tahan bas, bas tak berhenti. Tahan teksi, drebar teksi tak mahu pergi destinasi kita. Tunggu LRT atau komuter pula, semuanya penuh padat. Masa dah suntuk, semua kenderaan awam haprak. Tak pasal-pasal mahu menjerit kat tepi jalan. Huhuhu….sedihnya.
Bagi yang bekerja pejabat pula, tekanan daripada bos. Apa bos kata semua betul, apa kita buat semua salah. Nak lawan tak boleh. Silap-silap kena berhenti kerja. Lagi stress dibuatnya.
Bagi yang berniaga warung pula pelanggan tak masuk. Kos operasi tinggi. Tapi yang masuk Dewan Bandaraya dan TV3 kerana dapur kotor dan gaji pekerja asing tanpa permit. Hohoho…padan muka.
Itu tak termasuk lagi mereka yang berniaga besar. Bulan-bulan sewa pejabat nak bayar, gaji pekerja cecah puluhan ribu sebulan. Kalau payment tak masuk, boleh hilang akal dibuatnya. Rumah nak kena lelong, kereta nak kena tarik. Oww…memang sasau.
Kesimpulannya stress ini akan membawa banyak akibat. Maka tidak hairanlah sekarang banyak mayat dijumpai. Kalau tak bunuh diri kerana stress, dibunuh orang yang hadapi stress mungkin dari akibat kita. Oooo…minta selisih malaikat 44.
Bercerita pasal mati, aku masih teringat lagi seorang kawan baik meninggal dunia akibat stress. Kesnya dia pengurus di sebuah syarikat kewangan dibuang kerja kerana jadi penjamin kawan beli kereta. Bila kereta tu kena tarik, nama dia tersiar di surat khabar. Management terus bagi notis berhenti kerja 24 jam. Akibat tekanan dibuang kerja, 2 bulan dia meninggal.
Saudara rapat aku pula seorang pegawai tinggi di syarikat minyak. Kes dia pun sama juga. Jadi penjamin kawan beli kereta. Kereta kena tarik, dia kena buang kerja. Dari bergaji cecah lima angka, jadi pemandu teksi. Bila diri dah tertekan, silap sikit pukul orang.
Aku sendiripun ada masa hadapi stress juga kerana gagal dapat job. Kadang-kadang job itu dah memang kita punya, tapi alih-alih boleh bertukar ke penulis lain pulak. Jalan terbaik menanganinya, bawa sembahyang dan zikir. Boring kat kotaraya, pergi camping…jungle trekking. Always smile and be happy….itulah ubat terbaik untuk mereka hadapi stress. Hahaha….gelak tawa.
Share on Facebook






























































