Sekarang nampaknya kawan-kawan semuanya dah dalam mood raya. Mana yang ada kampung dah mula merancang nak balik kampung. Bagi yang berkereta dan bermotosikal tak jadi masalah…bila2 masa pun boleh celah perjalanan. Bagi yang berkenderaan awam terpaksa ikut jadual tiket yang dah dibeli. Berasak-rasak sikit pun tak apalah janji dapat balik beraya di kampung…wahh bukan main seronok lagi.
Bagi yang berkereta dan bermotosikal, memandu dan menungganglah dengan selamat. Nak kata berhati-hati di jalan raya payah juga…sebab motto itu dah tak boleh dipakai lagi sekarang. Dalam kita berhati-hati memandu di lebuhraya yang ada divider tiba-tiba lori dari arah depan boleh terbabas langgar divider dan rempuh kereta kita. Nak berhati-hati macam mana lagi tu…? Kalau dah tersurat!
Sebaiknya bacalah sepotong doa sebelum memulakan perjalanan. Insya-Allah kita akan dihindari daripada terjebat dalam kemalangan. Pengalaman saya sendiri pun dah cukup banyak membantu mereka yang terlibat dalam accident. Dalam hutan lebat kereta berkecai…tolong ambil mana yang selamat masukkan ke kereta saya….dengan anak kecik menangis meraung dan darah mencurah ke atas kusyen kereta. Sambil itu tolong jaga lalu-lintas takut terlanggar kereta-kereta yang berlanggar tadi. Tak ada orang nak bantu…kereta saya juga jadi ambulan bawa mereka ke hospital.
Tapi pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika sebuah kereta potong kereta saya dan terus dia langgar seorang budak melintas jalan. Betul-betul depan mata budak itu mengelumpur macam ayam kena sembelih…kereta itu pula cabut lari. Atas dasar simpati dan kerana dah biasa bantu orang accident jalan raya, saya berhentikan kereta…turun angkat budak itu.
Tiba-tiba sekumpulan orang kampung dengan cangkul, parang, golok…kapak datang hendak serang saya. Saya dituduh langgar budak itu. Memang tak berdarah lidah saya masa tu…!!! Nak melawan jauh sekali….badan saya pun dah jadi lemah longlai!
Ya Allah Ya Tuhan ku….di sini rupanya ajal aku! ALLAAHU AKBAR!! Tak semema-mena muncul seorang makcik yang duduk di atas wakaf tepi jalan itu meraung-raung dan menjerit….katanya bukan saya yang langgar. Alhamdulillah… kembali bernafas semula saya.
Moralnya di sini, kawalkan perjalanan kita. Jangan memandu lebih pada hak laju. Jangan memotong di garisan berkembar. Kalau mengantuk…berhenti tidur sekejap. Jangan cepat naik ‘gian’ bila kereta lain overtake kereta kita. Istigfar….sabar! Jangan berangan-angan nak jadi pelumba F1. Especially kalau hari hujan…tambah pulak kalau baru-baru nak hujan atau baru serek hujan…jalan raya memang licin masa tu!!
Saya masih ingat pesanan Jackie Steward masa dia conduct advance and defensive pada kami dulu. Ini kira dah lama dulu…masa tu Jackie Steward masih muda lagi dan tengah top. “When it rain…no matter what car you are driving and no matter what tyre you use…don’t trust!
Kesimpulannya semasa hujan, jangan percaya pada kereta, jangan yakin pada tayar dan jangan over confident pada diri sendiri. Apa-apa boleh terjadi! Lainlah kalau kita nak pergi drifting…! Nak balik raya dengan anak bini dan kereta penuh dengan barang-barang nak drift apaa?
Jalan raya dan highway bukan litar lumba. Bersabar dan kawalkan perjalanan…insya-Allah kita akan selamat sampai beraya di kampung. Tapi saya sendiri beraya di Kuala Lumpur aje….inilah kampung halaman ku! Kadang-kadang terasa rindu juga untuk menyambut hari raya dalam suasana kampung.
Share on Facebook































































uncle itu gambar time muda2 ke?? memang takut bawak kenderaan bila masa hujan nie… licin jalan… bawak slow2 jer…
Hahaha….ya, Zik! Tu masa tengah hot dulu…masa ramai peminat…hehehe! Hujan drive slow slow…sampai juga.
Salam ,firts time datang blog ni.Nasib baik ada makcik yg bagitau kan..susah juga lau salah faham..
Thanks sudi singgah sdra Hanif. Tu lah….kerana salah faham mengundang bahaya pada kita!
Nasihat yang baik bro. Thank you. Terggangu sikit tengok gambar di atas. Gambar tahun berapa tuuuuu?? Mcm zaman Hail Amir aje..
salam kenal uncle
wah rangginya masa muda dulu
sokong uncle jangan nak tunjuk terrer time kat jalan, langgar orang tahu kecut perut.
pandu cermat, jiwa selamat, nyawa pon selamat
Waalaikumusalam Pauh Putik,
Terima kasih sudi singgah kat sini. Kalau tgk uncle sekarang lagi ranggi…rambut paras bahu. Ya, betul tu…jgn jadi hantu raya kat jalan raya.
Thanks bro. Gambar iklan terganggu, ke? Gambar posting tu dah lepas zaman Hail Amir dah…!