“Tit for tat. You scratch my back, I scratch your back. You help me, I help you. You gave me opportunity to direct ‘Jibam’, I help you to be the executive producer”.

Begitulah perbualan sdra AF kepada aku kerana memberikan peluang kepada beliau untuk mengarah filem ‘Jibam’. Jadi dia usahakan supaya aku berada sama dalam production itu sebagai executive producer. Dalam production meeting yang pertama, producer minta pendapat aku di mana lokasi sesuai untuk filem ini.
Memandang ia cerita kampung di pinggir hutan era awal 70an, aku cadangkan di Terengganu. Besar kemungkinan kita boleh dapat support dari kerajaan Terengganu. Maka aku ditugaskan untuk berjumpa Menteri Besar, ketika itu Dato’ Seri Idris Jusoh.
Alhamdulillah, sekali turun saja ke sana dah dapat buat appointment jumpa MB. Tapi itupun terpaksa pergi ke Jerteh. Guna cable orang tua, arwah ibu aku yang kebetulan teringin hendak melawat ibu MB yang terkena penyakit angin ahmar. Aku dinasihatkan bawa pengarah filem sekali dalam perjumpaan nanti. Drive balik KL. Lepas itu drive semula ke KT bersama sdra AF.

Dalam perjumpaan itu, kami diberi masa selama 10 minit sahaja untuk convince MB, apa kepentingan negeri Terengganu berkait filem itu. Kami yakinkan beliau bahawa cerita kampung yang berunsurkan kebudayaan Melayu, adat resam dan permainan tradisional secara tidak langsung boleh melonjakkan negeri Terengganu di mata pelawat asing.
Beliau bersetuju. Exco Pelancungan dan Kebudayaan juga turut bersetuju negeri Terengganu dijadikan lokasi ‘Jibam’. Kami diminta datang balik untuk bagi briefing kepada semua Ketua Pengarah jabatan kerajaan Negeri Terengganu dalam membantu melincinkan pengambaran filem itu.
Dalam proses ini, sebanyak 7 kali juga aku terpaksa berulang-alik ke Terengganu. Tapi hati aku puas. Pihak kerajaan Negeri Terengganu juga memberi sokongan seratus peratus, termasuk akan pelancaran filem ini yang dicadangkan di Dataran Shah Bandar.
Cuma yang agak jerih dan penat sikit, aku terpaksa meredah beberapa kawasan kampung di pinggir hutan dalam memilih lokasi yang sesuai. Demi ‘Jibam’ aku terpaksa korbankan darah aku kepada pacat yang kebuluran. Dek terlampau kerap sangat diserang pacat, dah jadi lali. Hilang rasa geli pada pacat.
Tiba-tiba petang itu aku terima call dari produser minta aku balik ke KL malam itu juga untuk meeting. Nak tak nak, terpaksa ambil flight balik. Tinggalkan kereta kat sana.
Rupa-rupanya sdra AF tidak puas hati atas peruntukkan dari kerajaan Negeri Terengganu yang hanya menyediakan lokasi, bahan-bahan berkait kebudayaan, makan minum, penginapan serta transport untuk artis dan krew. Beliau mahu sekurang-kurangnya kerajaan Terengganu kena pump-in RM1juta dalam penglibatan filem ini. Nampaknya produser sudah terpengaruh pada pengarah. Aku jadi terkedu. Tambah pula aku kena ke sana balik untuk ambil kereta.
Apapun, produser minta aku bawa pengarah dan team teknikal untuk tinjau satu lokasi di Slim River pagi besok. Dalam tinjauan itu, semua bersetuju satu kawasan dusun di Slim River dijadikan lokasi ‘Jibam’. Aku juga terpaksa uruskan dengan Orang Asli bagi membina set-set rumah dan props untuk filem ini.
Dalam pada itu, produser telah mengaturkan satu soft launch yang akan diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya. Kali ini aku terpaksa berulang-alik ke Slim River pula. Taklah jauh sangat. Lagipun lokasi itu sebenarnya di dusun aku sendiri. Tidak menjadi masalah berurusan dengan orang-orang tempatan.
Tetapi dalam soft launch yang dilakukan Tan Sri Dato’ Jins Shamsudin, aku sebagai penulis skrip seolah-olah dipinggirkan. Sebaliknya penulis novel pula yang lebih ditonjolkan. Sdra AF juga mula dikerumun media yang ingin tahu lebih lanjut tentang ‘Jibam’.
Seorang wartawan mengajukan soalan, “apakah abang yakin filem ini akan capai box-office selepas abang gagal dalam dua filem sebelum ini”.
“Saya peduli apa, bukan modal saya. Saya hanya mengarah!” Itulah jawapan beliau kepada para media yang aku sendiri dapat dengar dengan jelas. Loud and clear. Tetapi apabila para media asyik memerhati pada aku, sdra AF menoleh dan terkejut mendapati aku ada berdiri di belakangnya.
P/S: Aku rasa cukup sampai di sini dulu. Insya-Allah, aku akan sambung balik kesudahannya nanti.
Share on Facebook































































Assalamualaikum..
Terkedu sy bila membaca tulisan sdr..banyaknya liku2..sy doakan agar segalanya akan berjaya..
Thanks sebab sharing pengalaman sebegini bro. Saya tahu hidup orang seni bukan – that’s why ramai di Hollywood wlpn kaya raya tetapi hidup tak tenteram sbb terlalu byk tekanan dan dugaan.Looking fwd sambungan cerita nie. I reserved my comment utk topik di atas dulu.
Proses menerbitkan ‘Jibam’ mmg terlalu banyak dugaan dan cabaran yang telah saya hadapi. Apapun terima kasih atas kesudian sdri mencemar duli singgah di teratak saya ini. Harap ikuti siri terakhir yang akan saya bongkarkan rahsia sebenar kenapa filem ‘Jibam’ gagal diterbitkan.
Bro, thanks for dropping by. It’s good for you to reserve your comment for next posting. Anyway, Hollywood stars kaya raya tapi hidup tak tenteram coz byk minum. Stars kat sini hidup melarat coz byk sgt kes ‘kencing’. Excerpt for the lucky few that can hook the top gun. Hahaha…!
Salam sejahtera sdr ruslie,
mmm..inilah yang dikatakan truth is stranger than fiction. Cerita in the making of Jibam is another drama. Look forward to the sequel
Jaga diri in the meantime. Terima kasih berkongsi pengalaman.
W’salam and thanks Umi sudi singgah. Yup, I agreed the truth is stranger than fiction. In fact the making is more dramatic than the original story. The whole truth will be reveal towards the end nanti.