Dunia usahawan internet merupakan satu dunia peniagaan yang tiada sempadan. Tidak ada batas kawasan dan juga tiada batas waktu. Anda boleh lakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa. Semuanya terpulang pada kemahuan diri sendiri.
Anda juga tidak perlukan modal yang besar. Tidak perlu sewa pejabat, gudang atau tidak. Juga tidak perlu gaji kakitangan. Semuanya boleh dilakukan secara bersendirian dari rumah sahaja.
Namun masih terdapat golongan masyarakat kita mencebik apabila diberitahu anda seorang usahawan internet. Takrif mereka tidak sama seperti menjalankan perniagaan fizikal…ada pejabat…ada kakitangan dan boleh dapat untung besar. Paling penting dihormati masyarakat. Itu pandangan mereka.
Tetapi hakikat sebenarnya, usahawan internet mampu pergi lebih jauh daripada perniagaan fizikal. Usahawan internet juga boleh dapat untung besar. Bahkan lebih besar sehingga ada dalam sekelip mata mampu bergelar jutawan.
Namun semua itu bergantung atas produk yang anda pasarkan dan sejauh mana anda teroka pasaran itu. Kalau hanya di sekitar dalam negera sahaja dan hanya pasarkan produk fizikal sahaja, mungkin sukar sedikit untuk capai taraf itu.
Tapi tidak dinafikan anda sudah bergelar usahawan internet dan mampu meraih pendapatan hebat. Cuma untuk capai taraf jutawan, anda mungkin perlu lipat ganda usaha itu.
Sedangkan usahawan-usahawan internet di luar negara, mereka lebih tumpu pada produk digital seperti e-book, cd dan software sahaja. Produk-produk ini anda tak perlu simpan stok. Anda hanya bertindak sebagai ejen affiliate dan anda dibayar komisyen yang tinggi. Ia membawa daripada minimum 30 peratus sehingga menjangkau maksimum 75 peratus komisyen ke atas satu-satu produk.
Tetapi untuk meraih pendapatan yang tinggi dalam perniagaan ini, anda perlukan aliran trafik pelawat yang tinggi ke blog atau website anda. Itu boleh anda pelajari secara beransur-ansur apabila sudah melibatkan diri dalam dunia ini. Saya sendiri juga mengambil masa yang agak lama untuk faham dan mahirkan diri dalam istilah trafik dan search engine (SEO) ini.
Sebelum anda pergi lebih jauh dan untuk lebih serius dalam perniagaan internet ini, anda perlu fahami dan tahu beberapa perkara asas dalam dunia IT.
Ini tidak bermakna anda perlu ada ijazah dalam IT baru boleh melibatkan diri dalam perniagaan internet. Ada murid saya yang tamat pengajian dalam jurusan IT, tapi datang belajar WordPress daripada saya.
Anda mahir WordPress, c-Panel, KompoZer, Filezilla dan boleh buat banner serta pasang script HTML, anda boleh pergi jauh dalam bisnes ini.
Nanti saya sambung macam mana saya merangkak dalam mempelajari semua ini secara bersendirian. Maklumlah nak berguru tak mampu nak bayar. Maka terpaksalah godek sana godek sini untuk mahirkan diri. Kadang-kadang terasa lucu juga…tapi kini saya sudah bersedia.
Kalau anda sudi, sila jenguk webiste Bara Esplanade dan Kelas WordPress. Untuk mahirkan diri dalam ilmu website ini, saya sanggup naik bas ke Padang Serai belajar daripada Abg Chob dan tiga malam tidur di homestay kat sana.
Kalau saya, seorang yang sudah berusia masih sanggup mencari ilmu untuk mahirkan diri dalam dunia IT, alangkah ruginya kalau anda sia-siakan peluang ini. Peluang untuk melibatkan diri dalam dunia usahawan internet.
Share on Facebook































































