Siapa pemberi rezeki di dalam sesebuah produksi drama atau filem? Adakah produser, pengarah, pelakon atau krew? No…no…no…! You’re dead wrong!! Penulis skrip (skrin) lah yang memberi rezeki kepada semua.
Tanpa senaskhah skrip (lakonlayar), maka tidak adalah drama atau filem. Maka semuanya…tidak akan ada kerja (job). Bila dah tak ada job…rezeki pun zero dan soru pun miss…!!!
Tanpa skrip (lakonlayar) juga produser tidak akan bergelar produser. Sebab produser nak produce apa tanpa skrip? Meskipun dapat airtime beratus jam, mereka akan tetap cari skrip. Siapa pula yang tulis skrip, kalau bukan penulis skrip!!!
Tetapi seandainya meletupnya (sengaja tak nak guna kejayaan) sesebuah drama atau filem, sudah tentu pelakon dan pengarah juga yang dijulang dan dinobat bagai nak rak.
Dalam pada itu, produser pula tersenyum riang pergi bank…boleh beli kereta mewah..boleh buat rumah bagaikan istana dan kemewahan terus melimpah ruah.
Tetapi di mana penulis skrip (skrin)? Jawabnya penulis skrip tetap di takuk lama. Usaha, penat jerih penulis skrip memeras otak langsung tidak dihargai. Tak ada siapa ambil peduli.
Di malam hari setiap umat manusia enak beradu dibuai mimpi….tetapi umat yang bergelar penulis skrip masih tersengguk-sengguk depan komputer. Itupun nasib baik depan komputer…boring-boring boleh juga main game atau layari internet…jenguk-jenguk aktiviti kawan-kawan kat facebook.
Tetapi dulu…mesin taip jugalah yang menjadi teman penulis…bagaikan ayam patuk padi. Bila dah berkumandang azan suboh dari surau atau masjid berdekatan, barulah ayam itu berhenti patuk padi. Mata pun dah naik merah hinggakan langsuir pun takut nak dekat…!!
Kemudian mula jaja skrip ke hulu ke hilir…kalau nasib baik ada cable dengan pengarah atau produser…skrip dapat dijual. Tapi kalau nasib tak baik…skrip akan jadi bahan ciplak. Alih-alih keluar kat TV, errr…itu macam cerita aku tulis. Nama watak ditukar…lokasi diubahsuai….tapi dialog tetap sama.
Maka kali ini, tibalah masanya aku akan bongkarkan segala kemelut yang dihadapi oleh penulis skrip. Hampir 20 tahun pengalaman, segala pahit jerih semua sudah dilalui….tapi syukur hingga kini masih tetap bergelar penulis skrip (lakonlayar). Meskipun tidak kaya bagaikan produser dan tidak glamour bagai artis…. namun aku tetap bersyukur dan aku juga kaya. Kaya dengan pengalaman…pengalaman kena kelentong.
Siapa yang tukang kelentong? Produser juga yang kelentong! (Bukan semua produser). Tapi mana produser yang kaki kelentong tu…faham…faham ajelah! Apapun hakikatnya, memang ramai terdiri daripada produser yang kuat kelentong!
Aku tak pasti sama ada kawan-kawan penulis lain pernah alaminya atau tidak. Tapi bagi diri aku sendiri…memang dah banyak kali. Itu tak termasuk lagi proposal dan treatment yang diciplak. Cuba tanya penerbit siri ‘Spanar Jaya’, sejujur-jujurnya minta dia cakap benar siri itu dari mana dia dapat konsepnya!! Tanya semua tenaga kerjanya….konsep itu siapa yang punya!!
Ketika di zaman bas mini dulu….aku duduk di PJ naik bas mini ke pejabat produser di Setapak untuk ambil bayaran skrip (dahlah sebelum itu dah beberapa kali berulang-alik), akhirnya dapatlah sekeping cek bank UMBC di SS2 Sea Park.
Oleh kerana aku terdesak nak pakai duit hari itu juga, walaupun masa dah suntuk (pukul 2.00pm masih di pejabat produser dan bank tutup pukul 3.00pm), aku berkejar juga naik bas mini ke sana.
Aku turun dari bas di simpang traffic light lalu bergegas cari mana dia UMBC. Terkial-kial hinggakan basah baju di badan barulah jumpa UMBC yang terletak di hujung SS2…menghala ke Damansara Utama.
Sebaik aku melangkah masuk ke dalam bank, guard tutup pintu dengan palang kayu. Syukur nasib baik sempat juga. Dekat setengah jam beratur…( baju yang basah tadi dah kering kerana air-cond) tibalah giliran aku!
Wahh…bukan main seronok lagi rasanya hati. Keluarkan pen terus sign di belakang cek…kemudian hulurkan cek dan i/c (masa itu belum ada mykad lagi) kepada gadis cashier.
Sementara menunggu duit….fikiran dah mula ligat berputar…ini nak kena bayar itu nak kena bayar….congak-congak adalah lebih sikit. Bolehlah bawa anak bini keluar makan malam ni…boleh beli barang dapur serba sikit….!
Alih-alih gadis cashier bagitahu….cek tak laku!!! Cek dah kena tendang!!!
Lemah longlai aku….bagaikan Popeye tak makan spinach. Meskipun lampu dalam bank terang berderang…aku rasa bagaikan berada dalam gua. Gelap gelita….!
Cliff Hanging…..
Share on Facebook
































































Abang Ruslie,
Yes, sudah ada penulis yang nak bongkarkan semuanya.
Boleh Faz paste di FB Gabungan & Blog Faz? Supaya orang tahu kenapa ada antara kita penulis skrin yang bersungguh mahu mempertabatkan penulis skrin. Kerana banyaknya isu dan masalah itu lah sebabnya.
Silakan Faz, biar semua penulis skrin baca. Nanti saya akan sambung…
penulis skrip bukan main susah kerah idea, cari plot2, dialog, macam2 lah.. yang selalu dapat nama , pelakon , pengarah.. penerbit…
abang ruslie, dah link kat FB Gabungan. Tq. Faz tunggu sambungan.
Itulah masalahnya Zik. Penulis kerap dipermainkan…
Okay Faz, sambungannya dah ada.
Salam Abg Rusli,
Saya dapat link blog abg daripada Mahadi J Murat lam FB,
kebetulan saya ada menulis pasal script writer ni di link
http://www.shahrulhairy.com/2011/03/about-script-writer-by-shahroll.html
Tapi cerita tu seakan2 sama dengan cerita abg Rusli.. boleh tak saya copy paste lam belog saya bang? kot dapat dijadikan ingatan kepada yang nak berjinak2 dalam penulisan skrip ni.. semoga abg sukses selalu! =)
yours
SH
Terima kasih Shah sudi kunjung blog saya. Silakan…artikel ini mmg bagi mengingatkan kpd semua penulis2 skrin dan juga mereka yang baru berjinak.
assalamualaikum…..
saya teringin nak menulis skrip drama bersiri…tp x de pngalaman…
idea banyak dalam kepala nie….
boleh x abg tolong saya?????
Waalaikumusalam Ummi. Insya-Allah saya boleh tolong bantu setakat terdaya.